Program Penanda Aras di bumi Banting

Pada tarikh 5 hingga 6 Mei 2018, BADAR SMAPK telah mengadakan Program Penanda Aras bersama BADAR SMS Banting ( BASIS ) di SMS Banting.

Program ini disertai oleh semua ahli BADAR Tingkatan 5 ( Putera & Puteri ) seramai 19 orang pelajar serta diiringi oleh Ustaz Nazri dan Ustazah Atiqah. Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada ahli BADAR yang terlibat supaya melihat sendiri bagaimana gerak kerja organisasi BADAR di BASIS di samping dapat meningkatkan kualiti BADAR SMAPK sendiri. Tambahan pula, program ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua-dua belah pihak melalui aktiviti yang berkonsepkan perkongsian idea dan ilmu seperti 'Heart to Heart' dan 'Sharing in Lajnah'. 

Sejujurnya,  program ini banyak memberikan faedah dan manfaat kepada pihak BADAR SMAPK dan BADAR BASIS kerana pelbagai ilmu dan idea dapat dikongsi bersama. Meskipun BADAR BASIS merupakan sebuah organisasi yang baru ditubuhkan, tetapi barisan kepimpinan mereka sangat professional dalam menjalankan tugas. Sebagai seorang ahli BADAR di sebuah sekolah menengah agama, saya berasa sangat malu kerana gerak kerja mereka menunjukkan bahawa mereka merupakan BADAR yang sebenar. 

Sekian sahaja post pada kali ini. ASSALAMUALIKUM ! 😊

p/s : Sebarang komen / cadangan penambahbaikan, bolehlah diutarakan kepada Majlis Tertinggi atau ahli Lajnah Multimedia BADAR SMAPK. 














Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Tadarus Al-Quran sempena Imarah Ramadan

Penilaian Anugerah BADAR Terbilang (ABT) 2018

Program Huffaz Kembali Hidup