Majlis Pelancaran Program Imarah Ramadan SMAPK 2018
1 Ramadan 1439 Hijrah
BADAR SMAPK telah menganjurkan program Imarah Ramadan bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini. Pada tarikh 17 Mei 2018, Majlis pelancaran program ini diadakan dengan tujuan mengumumkan semua aktiviti yang bakal dianjurkan semasa bulan Ramadan kepada seluruh warga SMAPK. Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti Soutul Ramadan (nasyid), Pertandingan Khat, Pertandingan Hafazan Al-Quran serta hafazan bacaan dalam solat. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh pengetua SMAPK, Tuan Haji Muhammad Abdul Aziz Bin Mahmud.
Pada tahun ini, BADAR SMAPK memilih untuk menamakan program ini sebagai IMARAH RAMADAN berbanding IHYA' RAMADAN pada tahun-tahun yang lepas kerana dalam bulan ini, kita sepatutnya mengimarahkan suasananya bukan setakat menghidupkannya sahaja...
Semoga segala program yang dianjurkan memberikan manfaat dan faedah kepada seluruh warga SMAP KAJANG di samping dapat mengisi masa lapang yang ada.

Comments
Post a Comment