Penilaian Anugerah BADAR Terbilang (ABT) 2018

Assalamualaikum, 

Pada tarikh 7 Mei 2018, pihak BADAR SMAPK telah menerima kunjungan daripada perwakilan SBP sempena penilaian Anugerah BADAR Terbilang (ABT) bagi tahun 2018. Ini merupakan kali pertama BADAR SMAPK menerima kunjungan daripada pihak SBP meskipun anugerah ini sudah dianjurkan sejak 2017 oleh pihak SBP sendiri.  

Penilaian ini bermula pada pukul 8:30 pagi dengan menilai terlebih dahulu fail-fail dan laporan sebelum kunjungan ini mengadakan lawatan ke Surau Al-Ehsan untuk membuat penilaian yang selanjutnya.

Alhamdulillah, meskipun penilaian tersebut merupakan kali pertama buat BADAR SMAPK, tetapi kami berjaya mempersembahkan yang terbaik semasa hari kejadian seperti pembentangan carta organisasi dan sudut inovasi di surau seperti sudut pengurusan jenazah dan sudut bacaan. 

Sejujurnya, bukan kemenangan impian kami, namun kemajuan dalam bekerja menjadi inspirasi. Semoga penilaian ini menjadi titik tolak buat BADAR SMAPK untuk terus maju dalam menjalankan tugas.

Majulah BADAR untuk SMAPK








Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Tadarus Al-Quran sempena Imarah Ramadan

Program Huffaz Kembali Hidup