Posts

Showing posts from May, 2018

Penilaian Anugerah BADAR Terbilang (ABT) 2018

Image
Assalamualaikum,  Pada tarikh 7 Mei 2018, pihak BADAR SMAPK telah menerima kunjungan daripada perwakilan SBP sempena penilaian Anugerah BADAR Terbilang (ABT) bagi tahun 2018. Ini merupakan kali pertama BADAR SMAPK menerima kunjungan daripada pihak SBP meskipun anugerah ini sudah dianjurkan sejak 2017 oleh pihak SBP sendiri.   Penilaian ini bermula pada pukul 8:30 pagi dengan menilai terlebih dahulu fail-fail dan laporan sebelum kunjungan ini mengadakan lawatan ke Surau Al-Ehsan untuk membuat penilaian yang selanjutnya. Alhamdulillah, meskipun penilaian tersebut merupakan kali pertama buat BADAR SMAPK, tetapi kami berjaya mempersembahkan yang terbaik semasa hari kejadian seperti pembentangan carta organisasi dan sudut inovasi di surau seperti sudut pengurusan jenazah dan sudut bacaan.  Sejujurnya, bukan kemenangan impian kami, namun kemajuan dalam bekerja menjadi inspirasi. Semoga penilaian ini menjadi titik tolak buat BADAR SMAPK untuk terus maju dalam menja...

Program Penanda Aras di bumi Banting

Image
Pada tarikh 5 hingga 6 Mei 2018, BADAR SMAPK telah mengadakan Program Penanda Aras bersama BADAR SMS Banting ( BASIS ) di SMS Banting. Program ini disertai oleh semua ahli BADAR Tingkatan 5 ( Putera & Puteri ) seramai 19 orang pelajar serta diiringi oleh Ustaz Nazri dan Ustazah Atiqah. Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada ahli BADAR yang terlibat supaya melihat sendiri bagaimana gerak kerja organisasi BADAR di BASIS di samping dapat meningkatkan kualiti BADAR SMAPK sendiri. Tambahan pula, program ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua-dua belah pihak melalui aktiviti yang berkonsepkan perkongsian idea dan ilmu seperti 'Heart to Heart' dan 'Sharing in Lajnah'.  Sejujurnya,  program ini banyak memberikan faedah dan manfaat kepada pihak BADAR SMAPK dan BADAR BASIS kerana pelbagai ilmu dan idea dapat dikongsi bersama. Meskipun BADAR BASIS merupakan sebuah organisasi yang baru ditubuhkan, tetapi barisan kepimpinan mereka sangat professional dalam menjalankan...