Posts

Soutul Ramadan 2018 sempena Imarah Ramadan

Image
Bersempena dengan program Imarah Ramadan, pihak BADAR SMAPK telah menganjurkan pertandingan nasyid antara rumah yang dinamakan sebagai Soutul Ramadan. Setiap rumah diwajibkan membawa sekurang-kurangnya dua buah kumpulan yang disertai oleh 7 orang pelajar maksimum bagi setiap kumpulan. Pertandingan yang diadakan di dewan besar tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan memuaskan meskipun pertandingan ini merupakan edisi yang pertama. Keputusan pertandingan : 1. Abu Ubaidah kumpulan 1 2. Usamah Zaid kumpulan 2 3. Tariq Ziad kumpulan 2

Aktiviti Tadarus Al-Quran sempena Imarah Ramadan

Image
Aktiviti Tadarus Al-Quran merupakan aktiviti wajib bagi para pelajar SMAPK setiap kali tibanya bulan Ramadan. Seperti tahun-tahun sudah, setiap pelajar akan melaksanakan aktiviti ini mengikut kumpulan masing-masing yang dinamakan usrah. Setiap usrah pula akan diketuai oleh dua orang naqib atau naqibah. Demi memudahkan perlaksanaan program tadarus ini, setiap usrah dibahagikan kepada silibus bacaan Al-Quran masing-masing iaitu sebanyak 4 juzu' setiap usrah. Setiap usrah diwajibkan untuk menghabiskan silibus yang diberi supaya setiap pelajar mempunyai target dan matlamat semasa membaca Kalamullah yang mulia ini. Di samping meningkatkan amal soleh di bulan yang mulia ini, setiap pelajar juga berpeluang untuk meningkatkan kualiti bacaan mereka sama ada dari segi tajwid atau kelancaran bacaan melalui bimbingan para naqib atau naqibah dalam setiap usrah.