Posts

Showing posts from March, 2018

Program Huffaz Kembali Hidup

Image
13 Januari 2018 Program Huffaz merupakan program yang diadakan sebagai inisiatif untuk melahirkan para pelajar yang menghafal dan mengamalkan Al-Quran.Program ini bermula sewaktu Tuan Haji Sakijan Bin Muri menjadi pengetua SMAP Kajang pada tahun 2012. Namun begitu,pengurusan program Huffaz menjadi kurang teratur kerana tiada pihak yang bertanggungjawab secara jelas mengenai program tersebut.Hal ini menyebabkan para pelajar tidak bersemangat untuk menghafaz Al-Quran dan objektif program ini untuk melahirkan generasi profesional penghafal Al-Quran terbantut. Sewaktu Mesyuarat Agung Badan Dakwah Dan Rohani 2018 berlangsung,isu tersebut telah dibangkitkan dan solusi telah disepakati semua guru penasihat BADAR dan ahli jawatankuasa BADAR.Solusinya ialah Lajnah Huffaz telah ditubuhkan untuk menggantikan Lajnah Baitulmal kerana peranan lajnah tersebut telah diambil alih oleh Bendahari Kehormat BADAR. Alhamdulillah,sekarang program Huffaz kembali lancar dan mendapat s...